United berminat untuk Verratti, PSG pula mahukan Martial

By in man united, martial, psg, verratti
0 0 0 No comments

Minat Manchester United untuk mendapatkan Marco Verratti dilaporkan kini tergugat setelah PSG menuntut Antony Martial menjadi sebahagian dari nilai perpindahan tersebut, menurut laporan dari The Mirror.

United telah dikaitkan dengan nilai £60 juta untuk Verratti, namun keinginan kelab Paris menetapkan Martial sebagai pertukaran boleh menjadi titik penamat untuk pemindahan tersebut.

  • (Photo by Liewig Christian/Getty Images)

Pemain tengah Paris Saint-Germain, Verratti muncul sebagai sasaran alternatif kepada Nemanja Matic untuk Jose Mourinho, selepas melaporkan bahawa Chelsea kurang berminat dengan tawaran £50 juta United sebelum ini untuk mendapatkan pemain Serbia itu.

Manchester United kini telah meningkatkan minatnya terhadap pemain berusia 24 tahun, Marco Verratti, selepas dilaporkan bahawa Barcelona telah menarik diri. Verratti bermain 28 perlawanan liga untuk PSG di Ligue 1 musim lepas, menjaringkan tiga gol dan memberikan 5 assist, membantu pasukannya berada di tangga kedua di belakang Monaco pada musim lalu.

Bagaimanapun, PSG telah menggariskan beberapa terma kontroversi bagi perpindahan Verratti, dalam cubaan untuk mendapatkan perjanjian yang adil bagi salah seorang pemain bintang mereka.

Kelab Paris dilaporkan bahawa mereka hanya bersedia berunding dengan United jika Martial, yang juga bekas penyerang Monaco bernilai £56 juta itu merupakan sebahagian daripada perjanjian untuk membawa Verratti ke Old Trafford.

Permintaan ini dikatakan tidak dipersetujui Mourinho dan ahli lembaga United, untuk melepaskan bintang muda mereka dalam misi mendapatkan Verratti. Bagaimanapun perbincangan antara dua kelab ini masih berterusan dengan harapan satu persetujuan dapat dicapai dalam minggu ini.

(Photo by Shaun Clark/Getty Images)

Nasib mungkin memihak The Red Devils. Ini kerana ejen baru Verrati, Mino Raiola – juga merupakan perancang utama membantu United dalam beberapa siri perpindahan sejak musim lalu, termasuk pembelian rekod dunia Paul Pogba dari Juventus, Zlatan Ibrahimovic , Henrikh Mkhitaryan dan juga penyerang terbaru, Romelu Lukaku.

Difahamkan Ed Woodward telah bercakap dengan Raiola mengenai perpindahan Verratti, dan pemain antarabangsa Itali tersebut tidak menolak untuk ke Old Trafford, walaupun Barcelona merupakan destinasi pilihannya buat masa ini.

 

Sumber:

90min (2017): PSG Wants Man Utd’s Anthony Martial in Any Deal Involving Mino Raiola’s New Client Marco Verratti https://www.si.com/soccer/2017/07/23/anthony-martial-manchester-united-verratti-psg-jose-mourinho