Mourinho “PM tepi” Gareth Bale

Transfer

By in bale, man utd, real madrid
0 0 0 No comments

Menurut laporan Don Balon, pengurus Manchester United tersebut telah menghantar mesej peribadi kepada Bale untuk meminta dia memdapatkan kebenaran pengurusan Real Madrid untuk berhijrah ke Old Trafford.

United yang sebelum ini juga bersaing dalam perlumbaan untuk mendapatkan bintang Welsh dari Tottenham itu pada tahun 2013, namun tewas kepada seteru di Sepanyol itu. Setelah 4 tahun berlalu, difahamkan kelab itu masih mengintai peluang dan naib pengerusi eksekutif Ed Woodward menghidu peluang kedua untuk menandatanganinya.

(Photo by Ira L. Black – Corbis/Getty Images)

Bale yang kini menghadapi kesukaran dalam kesebelasan utama di Santiago Bernabeu selepas pengurus Real, Zinedine Zidane mengakui dia tidak dapat menjamin Bale akan kekal di kelab itu.

Don Balon mendakwa Bale adalah sasaran utama Mourinho.

Dia dilaporkan memberitahu Bale untuk menyatakan secara terbuka hasratnya untuk meninggalkan Real dalam usaha untuk mempercepatkan perpindahan.

Mourinho percaya bahawa rundingan dengan bekas kelabnya, Real Madrid pasti menguntungkan United dalam pelan jangka panjang.

Dan pihak pengurusan Old Trafford berharap untuk menutup kesepakatan untuk menandatangani Bale untuk £90m (€100m).

Sumber:

Dailystar (2017): Jose Mourinho sends transfer message to Gareth Bale in bid to speed up £90m swoop – report http://www.dailystar.co.uk/sport/football/635084/Man-Utd-Transfer-News-Jose-Mourinho-Gareth-Bale-Message-Gossip