Barcelona 2-1 Juventus: Jaringan berganda penyerang Brazil (Match Highlight)

Match Highlight

By in barcelona, juventus, neymar
0 0 0 No comments

Neymar menjaringkan dua gol hebat ketika Barcelona mengalahkan Juventus 2-1 di International Champions Cup 2017 di Stadium MetLife, Sabtu lalu.

Pemain antarabangsa Brazil itu kini berada dalam shortlisted kelab Ligue 1, Paris Saint Germain, dan sekali lagi pemain itu mempamerkan kehebatan sebagai pemain no 11.

Beberapa sumber rapat di Sepanyol, telah memberitahu bahawa ada “peluang 90 peratus” Neymar akan meninggalkan The Catalan musim panas ini, dengan PSG bersedia membayar Release Clause bernilai hampir £200 juta.

Neymar yang beraksi selama 45 minit, telah memecah kebuntuan selepas menerima bola dari Lionel Messi, sebelum bermain one-two dengan Paco Alcacer untuk jaringan gol.

Ulang tayang menunjukkan kawalan dekat Neymar, walaupun dengan larian yang cukup pantas.

Gol pembukaan Neymar terhasil dari gerakan rakan sepasukannya, namun jaringan kedua terhasil lebih menarik setelah kawalan bola melepasi lima pemain pertahanan Juve sebelum menewaskan penjaga gawang veteran Itali, Gianluigi Buffon.

Neymar dinafikan hatrik oleh Buffon, sebelum ditukar pada separuh masa.

Namun, juara Serie A, bagaimanapun, mengurangkan defisit pada babak kedua melalui tandukan pos jauh Giorgio Chiellini.

Jom saksikan highlight perlawanan tersebut.